Sunday, January 16, 2011

The more I give to thee, the more I have.

31 December 2010 aku tinggalkan dengan penuh harapan agar ia tidak akan datang kembali seperti itu:

2010 byk yg diajar byk yg belajar & byk terima pelajaran. Pengajarannya hanya SATU menjadi terpelajar. Hidup-hidupan mahupun kerja-kerjaan. Jerih payah menjerit sepi tersekat dikerongkong mahu lepas namun perlahan. Gagah itu tidak segagah diri namun gagahi jua. 2010 makin hampir ke kemuncak terdidik diri dgn Maal Hijrah yg lalu.....

Cinta ke yang sedang aku rasa sekarang? Aku susah nak pasti.. namun aku cuba. Sejak Maal Hijrah yang lalu, hanya satu azam agar tahun 1432H itu akan lebih diberi belas kasihan atas kasih dan sayang dan chentha. Please Mercy ME! Setiap malam sebelum tidur lelapkan mata, doa2 yang disebut hanyalah satu. Untuk mendapat rasa yang pernah hilang selama 10 bulan lalu.. Ye, benar kata kawan2 'kau mana mungkin keseorangan' aku sudah bukti. 10 bulan itu!
Bermula hanya berkenalan atas dasar pekerjaan, professional. Seboleh mungkin hanya professional. But the temptation are high and the pressure of knowing him was so strong. Be it the first date was on the first day of 2011. Ini ke mercy yang cuba Sang Karunia beri? Jika iya, tunjuk kan lah Ya Allah. Berikan aku kebenaran itu.
Masuk date yang kedua, ketiga hampir pasti hubungan itu menjadi rapat dan ketat. Dan pasti kini, sudah ada dalam hati berbunga-bunga rindu..

Namun sebagai manusia terkecewa, aku pasti berwaspada. Hati-hati agar tidak terlanjur chentha yang tiada makna. Namun, blues yang lama tetap kan datang. Aku kini dalam blues of uncertainty.

Orangnya amat senang dibicara. Love fine food, fine and divine places to meet. Dia yang aku doa2kan..kecintaan yang ada di dalam dia, sedang aku explore lagi, dan sedikit-sedikit memberi, sedikit-sedikit menerima, aku bersyukur jika inilah hikmah baiknya!

Aku cuba menjadi kurang memberi namun hati terus berbicara rindu tanpa sedikit pun ingin kurang.. 

Aku berharap dia juga begitu. Dalam aku berwaspada, lewat malam menjelang pagi, ini kenyataan nya:

"Safeena sayang, A sayang Safeena. Safeena pun sayang A kan.. dah sayang tak kemana. sesame kite sayang sesame yer. usah risaukan apa-apa..."

Lantas pagi, berulang-ulang dibaca tanpa jemu terhadap kenyataan realiti tersebut. adakah ini benar? benarkah rasa itu?

Bora Ombak Ampang penuh chentha. Penuh kaseh.. saksian dia dan aku tersekat kerongkong penuh air di mata dengan sedih dan kecewa jika benda terdahulu berulang.. maka datang, itu lah dia, itu lah masanya rasa keperluan itu dipenuhi. Fulfilled.

Dia berbicara, "sudah panjang perjalanan, sudah banyak memberi, perlu mencari jalan pulang kembali" bagaimanakah chentha? "jalannya mungkin tidak akan jumpa, namun kau harus cuba cari jalan untuk pulang pada diri kau Safeena"

Sebelum keyakinan datang dia bertanya "Feena cakap macam gaya mau membiar tak bertahan. Apa Feena sudah mengalah" Mengalah apa chentha? "Mengalah dgn A?"

Jawapan yang mudah sudah tentu chentha. Sudah tentu. Keyakinan akan datang, sabarlah sayang. Keyakinan perlu dikais.. trust is something we can earn. And later.. it will.. Let's give time to the relationship to blossom.

Aku cukup risau, cukup risau jika kau permain-mainkan aku.. aku tak mahu kau chentha menjadi my another dissapointmet and regret. I dont want to go down that road again. Kita kenal hanya 2minggu. Hati budi pun baru sahaja mahu selam.. Mana mungkin. Namun jika ada rasa yang sama, kemugkinan sebenar tetap ada.. kemungkinan sekejap itu terus minat, suka dan rindu terus membiak chentha, kemungkinan sekejap itu akan terus kian membara.. Aku sudah rasa aku temui kau yang terbaik... jangan lah hanya menjadi terbaik sekarang or Mr. Right Now.. Aku harap kaulah Mr. Right Safeena nampaknya harapan nya, cita-cita yang hendak dikongsi bersama itu SAMA dan terus SAMA, teruslah menolak tepi kelainan, perbezaan itu terima dan lenyap terus... terus sama-sama mahu sayang dan usah risau kerna sayang.. 
Aku suka chentha, sebab kau, chentha nampaknya kita punyai impian yang sama.. namun kerisauan tetap kerisauan.. Sama-sama chentha, sama-samalah kasih, usah risau bak kata kau..

dia message lagi:
"rindu makes me away up to the seven sky of seventh heaven. thanks"

yang aku mahu sekarang ialah kau.. sama-sama lah ye A dan Safeena, sama-sama sayang, sama-sama kasih.. terus kan aja sayang itu...terus.. jalan harus kehadapan. beri yang lebih, lebih yang peroleh.

Mudah-mudahan, inilah dia hajat dipenuhi bersama istikharah dan tahajjud lewat malam..doa-doa lewat solat, doa-doa yang dibisik setiap masa mengharap kasih sayangMu untuk mencari keredhaanMu. insyaAllah.. Ya Allah, tunjuk kan lah aku satu kebenaran ini, jangan biarkan hambaMu yang hina penuh dosa ini kecewa lagi... Jika ini dia, dapat membimbing aku menjadi kan aku lebih baik, maka kurniakan aku kepada dia, untuk mengejar syurgaMu. Amin

-----mendapat yang lebih baik selepas musibah, kini aku lebih yakin. Alhamdulillah. Janganlah putus asa pada Allah.. biar mulut kata putus, hati tetap terus berdoa. Allah ingati selalu. InsyaAllah, jika musibah lagi, panjat syukur, kerana dalam hati ada keyakinan pada Sang Pencinta Agung, Allah. lebih baik lagi akan mendatang.. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment