Tuesday, April 27, 2010

Semua yg berlaku ni pun dah tersurat dilauh mahfuz, kita hanyalah sekadar ‘melakonkan’ semula watak2 kita. Dan ada kalanya watak yg kita pegang bukan atas kemahuan kita. Perlu redha setiap apa yg berlaku sbb Allah tak cipta sesuatu tanpa SEBAB…

Monolog Sekeping Hati Sepi

Sekeping hati ini…
terlalu berharga bagiku
disuatu ketika dahulu aku pernah beri
kepada seseorang yang aku percayai dan sayangi
tetapi… tidak dihargai
dirobek-robekkan bagaikan tiada nilai
bila telah menemui sekeping hati yang lebih sesuai dengan jiwanya
dipulangkannya kembali kepadaku dalam keadaan penuh kelukaan

sekeping hati ini…
ku cuba berikan lagi kepada seseorang
diatas kepercayaan dia mampu merawatnya dan
mampu memberikan sinar bahagia
tetapi… sekali lagi
tidak dijaga sebaiknya
dimusnahkan dan dihancurkan
bagaikan kaca yang jatuh terhempas dan berkecai
tidak dipulangkan kepadaku walaupun aku pinjamkan
hanya seketika waktu

sekeping hati ini…
luka dengan para
lantaran perbuatan hamba bernama insan
bermain dengan kata-kata yang penuh kemanisan
ungkapan rindu dan sayang
tidak pernah lekang dari bibirnya
sehingga terleka dan
jauhnya sekeping hati ini
dari ilahi Rabbi

sekeping hati ini…
penuh dengan luka, parut dan lubang-lubang kesakitan
lubang-lubang itu TIDAK akan tertutup seperti sebelumnya
ia jua…

TIDAK mungkin akan sempurna seperti asalnya
TIDAK mungkin akan sembuh seperti asalnya
TIDAK mungkin akan serupa seperti asalnya
TIDAK mungkin akan ceria seperti asalnya
TIDAK mungkin akan indah seperti asalnya

sekeping hati ini…
sudah terlalu letih untuk menerima kepercayaan seutuhnya
dari hamba bernama insan
ia memerlukan masa yang amat panjang
untuk menyembuhkannya seperti sediakala
lantaran kelukaannya dimasa lalu

sekeping hati ini…
ku ubatinya dengan zikrullah
agar lubang-lubang kesakitan itu dapat ‘ditampal’
walaupun PARUT tetap akan meninggalkan bekas
dan kesakitan itu pasti akan dirasai
selagi roh dikandung badan
ku yakini semua lubang-lubang itu mampu ‘ditampal’
bersama Nur ilahi

sekeping hati ini…
walaupun berperang setiap hari dengan dua bisikan
dan setiap saat menyuruh kembali ke zaman silam
tidak akan sesekali aku berpatah semula kebelakang
walaupun ia terlalu letih dengan pelbagai ujian yang datang
akan ku jaga ia dengan zikrullah agar sentiasa lembut
akan ku didik ia dengan mengamalkan sunnahtullah
akan ku belai ia dengan bacaan Al-Quran
akan ku berinya makanan setiap hari dengan santapan ROHANI
agar ia tetap terang bercahaya dan tidak akan malap
kerana ALLAH melihat dan menilai sekeping hati ini
bukan kecantikan luaran mahupun harta benda

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu…” (HR Imam Muslim)

sekeping hati ini…
ku didik akan bersabar dan tabah
menerima segala ujian duniawi
ku lembutkan ia
agar menerima sekeping hati lain dari seorang insan
yang ada kalam ALLAH dalam hatinya
yang ikhlas dan tulus hatinya
agar sekeping hati ini akan lebih sempurna dan berpasangan
melalui ikatan yang sah
bersama-sama mencari keredhaan ilahi
sebagai bekalan ke destinasi kekal

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Yaasin: 36)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”. ( Surah Ali’ Imran: 08)

Thursday, April 22, 2010

Guns N' Roses - Estranged




When you're talkin to yourself
And nobody's home
You can fool yourself
You came in this world alone
(Alone)

So nobody ever told you baby
How it was gonna be
So what'll happen to you baby
Guess we'll have to wait and see
One, two

Old at heart but I'm only 28
And I'm much too young
To let love break my heart
Young at heart but it's getting much too late
To find ourselves so far apart

I don't know how you're supposed
To find me lately
And what more could you ask from me
How could you say that I never needed you
When you took everything
Said you took everything from me

Young at heart and it gets so hard to wait
When no one I know can seem to help me now
Old at heart but I musn't hesitate
If I'm to find my own way out

Still talkin' to myself and nobody's home
(Alone)

So nobody ever told us baby
How it was gonna be
So what'll happen to us baby
Guess we'll have to wait and see

When I find out all the reasons
Maybe I'll find another way
Find another day
With all the changing seasons of my life
Maybe I'll get it right next time

And now that you've been broken down
Got your head out of the clouds
You're back down on the ground
And you don't talk so loud
And you don't walk so proud
Anymore, and what for

Well I jumped into the river too many times to make it home
I'm out here on my own, an drifting all alone
If it doesn't show give it time
To read between the lines
'Cause I see the storm getting closer
And the waves they get so high
Seems everything we've ever known here
Why must it drift away and die?

I'll never find anyone to replace you
Guess I'll have to make it thru, this time
Oh this time
Without you


I knew the storm was getting closer
And all my friends said I was high
But everything we've ever known here
I never wanted it to die

***this song reflect everything that I've been through without you, what u did to me

Wednesday, April 21, 2010

aku mencintai suaranya

kadang2 kita berdoa untuk kuat, tp byk pula dugaan datang,

kadang2 kita minta ketenangan, tp byk pula masalah yang tmbul,

kadang2 kita minta kebahagiaan, tp jadi pula huru hara.

dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir,
huru hara menjadikan kita tabah. "Hebatkan Allah!"
semuanya yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut sebuah hadis:

'Telah berkata Jibril; Wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambaMu.'
maka Allah menjawab:'Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya'.
-Anas bin Malik-

Adam oh Adam

Ohh Adam...

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika
bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu
yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi
perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku
keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu,
aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau
sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh,
guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu
berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah
didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam
melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?

Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu
nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku
yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah
engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang
engkau agungkan itu...

Al-Fatihah

Petua dan tips daripada Dr.Fatma..

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep. *utk memohon supaya Allah mencukupkan rezeki kita,bacalah surah al-fatihah 28 kali selepas masuk waktu isyak..

2. For terminal diseases: * Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door * Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions. Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat * lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita * Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:

Untuk awet muda both internal & external.

1.Zikir - Baca " Ya Badiyah " 1 x " Ya Nur " 1 x " Ya Hadi " 1 x " Ya Allah " 3 x Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

What IF

What if Allah couldn't take the time to bless us today because we couldn't take the time to thank Him yesterday..?

What if Allah decided to stop leading us tomorrow because we didn't follow Him today..?

What if we never saw another flower bloom because we grumbled whenever Allah sent the rain..?

What if Allah didn't walk with us today because we failed to recognize it as His day..?

What if Allah took away His message because we failed to listen to messanger..?

What if the door of the mosque was closed because we didn't open the door of our heart..?

What if Allah stop loving and caring for us because we failed to love and care for others..?

What if Allah would not hear us today because we would not listen to Him..?

What if Allah answered our prayers the way we answer His call..?

What if Allah mets our needs the way we give our lives..?

What if we failed to uderstand this..??

Open Letter To A Future Husband

Assalamualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

Life is a Wheel

Taken from ILuvIslam

Sometimes,
We will feel helpless,
We will feel lost,
We will feel down,
But,
There is always someone watching over us.

Sometimes,
We will feel hopeless,
We will feel unfair,
We will feel sad,
Life is nothing,
Life is difficult,
Life is a struggle.

Sometimes,
We do not know where to go,
We do not know where to hide,
We do not know who our friends are,
Even do not know who our enemies are.

Sometimes,
They keep pulling us down,
They keep making us sad,
They keep smiling badly at us,
They keep blaming us,
We are nothing for them.

Sometimes,
We have to sacrifice,
We have to change,
We have to pretend,
We have to be strong,
We have to be stubborn,
Never shows our tears.

However,
Sometimes,
We have to reflect on ourselves,
We are imperfect human being,
We have done many mistakes,
We have done many stupid mistakes.
And,
Sometimes,
Luck is not in our side,
We have struggle a lot,
But,
We cannot change the destiny,
We will return to our Creator afterwards.

However,
Sometimes,
We have to understand others,
Then,
They will understand us afterwards,
We have to befriend with others,
Then,
They will befriend with us,
We have to love others,
Then,
They will love us too,
We have to accept others,
Then,
They will accept us who we are.

However,
Sometimes,
We have to be on our own,
We have to believe in ourselves,
We have to be who we are,
We have to believe in our conscience.
We have to believe in others,
Among all,
We have to believe in God,
May Allah bless us.

Thursday, April 15, 2010

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

Tuesday, April 13, 2010

Darimu, kutemukan hidupku

Salam

Dear Saudara Ahmad Shauqi Abdul Halim,

Nama yang meninggalkan kesan dihati saya..

Terima kasih sebab jawab call saya pagi tadi..saya harap dapat bercakap dgn kamu lg nanti.. kenapa email semua di bounce blk ke saya? kamu block saye ke? k xpe lah.. saya hrp kamu dpt email ni..

terima kasih

Kenapa sesuatu hikmah yang bakal membahagiakan kamu atas perbuatan saya, kamu lagi marah? sekelip mata je kamu senang berubah. langsung marah, xjaga hati saya lagi.. saya main kasar, mungkin ada baiknya..wpn saya tahu hati saya bakal terkorban disebabkan perbuatan saya. bukan kah itu lebih elok wahai ahmad shauqi?

Saya nak tanya, kenapa kamu tak nak ckp dgn saya lg? i am so sad.. kenapa? tadi kamu kata kita sembang lagi nti.. tp, kamu off hp.. cmna kita nk sembang? cmna kita nak bincang?

saya amat berharap saya dan kamu dpt bincang spt org dewasa. Saya harap kamu dpt berterus terang dgn saya, saya nak sangat tahu tujuan kamu kenal dgn saya..saya tak marah..saya penat nak assume semua benda..saya penat menyuruh kwn2 saya letakkan diri mereka pada kamu dan beritahu saya sebab apa kamu buat saya begini?..sbb mereka bkn kamu..saya penat analisa, saya penat berfikir, over and over again, tujuan kamu kenali saya dahulu.....saya harap kamu dpt berterus terang tanpa menjaga hati saya.. mungkin itu yg saya perlukan untuk bertabah menghadapi segalanya..ini adalah untuk melupakan kamu.. saya akan faham..byk yg saya ingin tanya kamu....masa kita jumpa buat kali terakhir, tujuan saya membawa kamu pergi adalah utk mendapat kan jawapan yang sama dari isi hati kamu..melihat lautan yg sungguh cantik, saya harap sgt time tu saya dpt selam isi hati kamu..berharap kamu dpt berterus terang.. tapi saya gagal..saya harap kamu dpt tunaikan kali ini.. permintaan terakhir saya...

mmg saya rindukan kamu..tapi sudah tak boleh lagi..saya cuba keluarkan kamu dari hati saya, otak saya, dan memadam semua memori kita..tapi bkn senang.. setiap hari yang saya lalui tanpa kamu sunyi sgt. separuh jiwa saya pergi..lagi separuh msh ada bernyawa tapi terluka dan susah nak sembuh.luka kat hati tak sama luka dijari.. dan lagi separuh ini sgt meminta saya jadi kuat kehilangan kamu..saya cuba utk seorang skrg..jiwa, hati saya telah pergi..saya tak sangka begini dlm cinta saya pada kamu, mula kita kenal saya tak mahu pun mencintai kamu..sebab semuanya melukakan. tetapi saya ambil risiko terluka, berdoa dgn harapan kamu akn berubah..doa org yg berdosa, tak sempurna solatnya dan ibadahnya lambat nak makbul..tetapi alhamdulillah, kamu berubah juga..saya tahu saya pemarah..tp itu sb saya dah tak dpt menahan sedih..saya sedih sgt perbuatan kamu dulu dan skrg..kamu mcm tiada hati dan perasaan meluka kan hati saya..tipu lagi..tp itulah hakikat..kerna kamu, saya mati..ada kamu saya bernafas..

tapi sunyi itukan baik utk kita, sb kita mati pun seorang dan sunyi.. mungkin Allah beri ni sunyi ini sbg persediaan dan latihan saya hadapi kematian nanti.

saya sayang kamu sb Allah cipta kamu tak sempurna. saya bersyukur diberi kamu mengharap utk selamanya namun hanya seketika. saya rasa bahagia bersama kamu dlm apa jua situasi wpn yg paling menyakitkan.. kerna kamu makhluk ciptaan Allah yang saya doa2 kan.. dikurniakan utk seketika, wpn tak pernah wujud dlm hati kamu rasa cinta ini terhadap saya. saya pertahankan kamu sebab kamu dan keluarga kamu.. tapi keluarga kamu tak suke dan kamu tinggalkan saya kerana kurangnya agama saya. Lelaki kan kena berjihad je jlnNya. Saya selalu lalai tanpa bimbingan. jika kamu rasa membimbing saya hanya buang masa, bkn utk berjihad..maka kamu elokkan diri kamu, jgn hidup dlm penipuan lagi, jgn lagi menaniaya hati yg sarat syg pada kamu.. kerna kamu, seseorang itu bisa mati.

saya rasa ini dugaan saya...Dia berikan orang yang saya doa2kan.. dan tarik blk nikmat itu mungkin mahu melihat, kesetiaan saya padaNya.. alhamdulillah, saya tidak salahkan Allah wpn nmpk mcm saya salahkan Dia..belum pernah lagi saya meninggalkan Dia.. yang ada dlm hati saya hanya salahkan kamu, jerat saya smpi begini jadinya..makhluk mulia ciptaan Dia. kalau kamu berada di tempat saya, ada segala dan sekelip mata hilang segalanya, barulah kamu akan tahu.. namun, semua balasan pahala dan musibat, serah pada Allah yang Maha Adil.

Saya faham kamu sedang diulit rasa bahagia. tanpa saya, hidup kamu aman sekali dgn dia.. namun beringat-ingat lah..

Saya harap kamu akan tunaikan permintaan terakhir saya supaya saya dapat hidup dlm keadaan yang aman dan tenteram spt kamu yg ada segalanya.. bezanya, saya kehilangan segalanya, tiada apa tetapi saya hrp saya tak hilang ketenangan dan kebahagiaan yang pernah saya ada sebelum bersama kamu.

Saya sayang kamu sebab Dia.. Saya hilang kamu, sujud syukur saya kepadaNya. Alhamdulillah musibah lagi.. :-)

Saya yang kehilangan kamu,
--
Neena Azamuddin

p/s: I LOVE YOU

Monday, April 12, 2010

I hope

"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini."



I hope I'm the one who heard the calling

Monday, April 5, 2010

I quote

This morning i got this monologue from my...estranged bf (che polan)---he's marrying someone else and as sad as it sounds..my heart feel the pain even more.. cant sleep, cant eat, cant do anything.. as a result, i might/have lost my job for not performing well..i take it easy and agreed to quit. I quote this email from him:

5/4/2010 8:18 a.m

Today may be is the last working day of my lovely baby. Hope, she will get the XXX job as desire by me and she too.(undisclosed quote)
................(undisclosed quote)
.......................................(undisclosed quote)
All this things happen when her lovely BF making the problem. :(

Good Luck.
Do not forget your study ....
Do the best for you and me.....
Pray to GOD don't forget..

Love you
SHAUQi

---saya tak nak ketawa. tapi biar english dia broken, ia tetap comel dan buat saya nangis..i love him although he's not mine anymore.. susahnya nak lalui hari-hari saya tanpa dia.

jwpn saya pjg pada pagi itu.. namun, menjelang tengahari, saya reply lagi

Baby,

sedih.

'do the best for you and me'

i already did the best for you and me..

tapi kena tinggal...

janji itu amanah.

terima kasih.

Friday, April 2, 2010

Jika Aku Jatuh Chentha Lagi

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….


---i will have to keep believing there is another love after a broken hearted. putus chentha bukanlah sesuatu kehilangan barangkali penyambung chentha utk chentha yang Agung. ALLAH.