Thursday, December 9, 2010

Perihal Seorang KARIB

Bila kau ada seorang yang boleh dianggap kawan, hati mungkin gembira. Sebab masalah dia, adalah masalah kau, dan masalah kau adalah masalah dia.. bila sudah akrab, suka dan duka, sedih gembira, marah dan sendu sudah tentu menjadi sebahagian asam dan garam tersebut.. asam bila dicampur dengan garam sudah tentu sedap. Maka asam dan garam itu penamba perisa terhadap kekariban dalam bersahabat.

Aku ada seorang kawan. sudah tentu karib. SISTERS itu yang dijanji diucap mulut,, melalui suka dan duka. rahsia kau aku simpan sampai mati.. namun kini sudah tercalar.

Sebelum menjadi milik seorang lelaki yang sah, kau memang baik. bila baru separuh jalan kau capai tahap SAH itu, kau tunjuk kau mahu berubah. Kawan kah jika kau tidak mahu lagi lepak sama? Sisters kah jika kau tolak aku ketepi suruh 'terima perubahan'.. skrg janji kau akan aku kapit kau dipelamin nanti, kau pula menolak padahal kau yang meminta...

Perihal keluarga kau aku tak mahu campur namun kau punya peluang untuk berkata 'tidak' aku sudah punya kapit,,,iaitu best fren aku.. maka jika kau tak sanggup begitu, maka aku akur dengan keputusan bahawa, kau tidak mahu si best ini menjadi kapit kau.. adakah disaat genting tarikh nikah aku tidak diberitahu perihal tersebut. aku pula dituduh psiko oleh beberapa teman2 kau. aku faham kau punya rakan karib namun kau yang mula2 memilih aku.. kau ckp aku tak harus berkecil hati sebab kau telah lalui janji ini bersama teman2 kau yang lain dahulu..rasa nya apa? tentu kecil hati.. maka kau sanggup pula biarkan insan ini yang kau regard teman dunia akhirat kau lalui semua itu semula? kecil hati yang pernah kau lalui dulu...

Entah laaa... kau cakap, kalau diberi soalan tersebut pada org lain, 'its not biggie deal' maka aku runtuhkan ego dan kenyit mata tanda setuju..

Aku sayangkan kau kawan. Sebab kau ada susah aku, dan aku ada susah kau... kau selalu cari aku bila kau mahu lados, begitu juga dengan kursus kahwin. Aku yang belum punya lelaki disisi sanggup temankan kau.. Sebab aku tahu, walaupun perkahwinan bukan makanan aku, aku berada di kursus itu untuk KAU.. kau yang bernama BEST FREN... kau yang bernama SISTERS! menguap aku kebosanan tanpa sebarang catatan aku hadir sebab KAU BEST FREN AKU,

Hari itu aku sedih. Aku kecil hati. Aku ditinggalkan lelaki itu, kau pula suruh aku terima perubahan.. Tak apa, mungkin jika itu anggapan kau, aku bukan lagi berada dalam click kau. Aku seorang yang single. Seorang. Kau berada dalam zaman pertengahan kerana kau ENGAGED. maka, tidak layak bagi aku melepak dengan kau dan status baru kau.. layaknya bagi kau hanya melepak dengan mereka yang setaraf dengan kau.

Aku terasa. dan terus aku merasa. Aku rindukan kau masa kita ketawa dan masa kau dan aku menangis..

Kini, kau sudah tidak mahu rasa susah hati aku. Mungkin aku hanya menyusahkan kau jika aku terus menjadi perancang kahwin kau seperti yang kau sebut2 dulu... sebab mereka yang selama ini tidak tahu perihal hubungan kau dengan satu-satunya lelaki pujaan kau, menjadi ringan tulang membantu kau.. hubungan rahsia kau kini bukan rahsia lagi... maka, rahsia itu kau alihkan pada aku...

Sebab.....................kau mahu aku hadir, bkn sebagai kapit kau yang janji dulu.. hanya datang untuk MAKAN.

di sini, teringin sekali aku katakan pada kau, 'tak perlu jemputan itu' kerana aku khuatir, aku berdosa jika gagal menghadiri.

Aku doakan kau dan perkahwinan kau dengan lelaki pujaan itu bahagia... apa pun yang kau lakukan, aku sudah maafkan kau. Jika rumah tangga kau terduga, tidak mungkin kau cari aku.. kerna kawan2 karib kau yang seangkatan dengan kau melalui bahtera perkahwinan itu lebih berpengalaman!

Maafkan aku, menjadi sungguh childish bak kata kau... Tapi jika satu hari nanti, Tuhan itu beri kau rasa apa aku rasa, maka masa itu kau pula acting childish... aku hanya ingin berkata "I REST MY CASE"


*****dedikasi khas untuk kau teman aku yang pernah menjadi KARIB

No comments:

Post a Comment